Disediakan oleh:
Muhammad Umar Mukhtar bin Shafie
Abstrak
Sejak peristiwa 11 September PWTC yang telah diruntuhkan oleh pengganas yang sehingga
kini menjadi tanda tanya siapa yang harus dipersalahkan, secara tidak langsung ramai
yang sudah mengenali agama Islam dan minat untuk mengkaji Islam samada tujuannya mencari kebenaran atau
sebaliknya. Disebabkan oleh itu, ramai pengkaji terdiri dari muslim dan non-muslim terkadang
menyalahtafsirkan sumber-sumber utama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tafsir Maudhuci memainkan peranan
penting untuk mengembalikan kesucian al-Quran dari tafsiran yang tidak benar.
Oleh kerana surah Muhammad antara surah yang begitu menekankan perihal perang
selain surah al-Taubah, maka ramai di antara pengkaji yang meletakkan ia pada
bukan tempatnya menjadikannya bukti dan mengganggap bahawa agama Islam mengajar
keganasan. Maka penulisan ini bertujuan menjelaskan kedudukan surah Muhammad
yang begitu penting di permulaan hijrah zaman nabi Muhammad SAW, arahan keras
perang ke atas orang kafir yang mengecam teruk dan mengusir umat Islam.
Keterangan-keterangan dan fakta-fakta dalam penulisan ini memaparkan
sumber-sumber yang diperolehi melalui penyelidikan perpusatakaan. Secara keseluruhannya, surah Muhammad perlu
difahami dalam konteks maudhuci oleh umat Islam kerana disebabkan
kepentingan isi-isi didalamnya .
1.PENGENALAN
Al-Quran adalah mukjizat nabi Muhammad SAW
yang terulung. Ia adalah wahyu yang diturunkan selama 23 tahun sepanjang
perlantikan nabi Muhammad SAW sebagai utusan akhir zaman. Allah menjanjikan
bahawa al-Quran akan kekal sehingga hari kiamat. Bahkan, al-Quran sendiri bukan
hanya sekadar mencabar pada sesiapa yang
mampu mencipta kitab suci sama seperti al-Quran, malah seperti surah di dalam
al-Quran dan juga sepotong ayat yang sama seperti al-Quran.
Surah Muhammad
merekodkan beberapa kejadian terpenting umat Islam serta didikan kepada mereka
ketika itu. Sepertimana kita ketahui surah ini diturunkan pada tahun 4 Hijrah,
sebelum bermulanya episod-episod perang besar seperti perang al-Badr dan Uhud.
2. KEDUDUKAN SURAH MUHAMMAD DI DALAM
AL-QURAN
Surah Muhammad adalah surah yang ke 74
mengikut turutan al-mushaf al-tauqifi, manakala mengikut turutan
surah-surah madaniyyah, surah Muhammad adalah surah yang ke 9 dan
diturunkan sebelum surah al-Hadid dan selepas surah al-Racd.
Muhammad adalah nama yang paling masyhur dan yang tertulis di mushaf al-Quran. Dinamakan surah ini dengan nama Muhammad kerana ia disebut didalam ayat yang ke 2. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Dan
(sebaliknya) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta
beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang
ialah kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan
menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di akhirat). (Surah Muhammad 47:2)
Di
antara sebab dinamakan surah ini dengan surah Muhammad ialah peringatan kepada
pengikut nabi Muhammad SAW bahawa untuk sesuatu amalan itu diterima ialah
dengan mengikut nabi Muhammad.
3.2 Surah al-Qital
Di antara nama Surah tauqifi ialah al-Qital yang bermaksud perang. Dinamakan
surah ini dengan nama al-Qital kerana ia di sebut dalam ayat yang ke 20.
Allah SWT berfirman :
Maksudnya: Dan (kerana
gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang Yang beriman berkata:
"Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, Yang
memerintahkan Kami berjuang)?" maka apabila diturunkan satu surah (dari
Al-Quran) Yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum Yang
mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu Engkau akan
melihat orang-orang Yang ada penyakit (kufur) Dalam hatinya memandang kepadamu
Dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; Dengan Yang
demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Surah Muhammad 47:20)
Beberapa kitab
tafsir yang masyhur menggunakan nama al-Qital di dalam tafsir mereka seperti
Tafsir al-Qurtubi oleh Imam al-Qurtubi dan Tafsir al-Qur’an al-cazim
oleh Imam Ibn al-Katsir.
3.3 Surah al-lazina kafaru
Yang bermaksud: Orang-orang
yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah
sia-siakan segala amal mereka.
( Surah Muhammad 47:1)
4. Masa dan Tempat Penurunan Surah Muhammad
Yang bermaksud: Dan bukan sedikit
(penduduk) negeri-negeri yang lebih kuat dari (penduduk) negerimu (wahai
Muhammad) yang telah memaksamu keluar (berhijrah) - Kami binasakan mereka, maka
tiadalah sesiapa pun yang dapat membela mereka. (Surah Muhammad 47:13)
Qatadah dan Ibn cabbas berkata : Ketika
Nabi SAW keluar dari Mekah menuju ke gua kemudian baginda menoleh ke Mekah dan
berkata :
Maksudnya : Ya Allah, engkau (Mekah) adalah tempat
paling disayangi oleh Allah dan tempat paling aku sayangi, kalau tidak kerana
orang musyrikin menghalauku, aku tidak akan keluar dari kamu.
Telah disebut oleh al-Tsaclabi : Ini adalah
hadis sahih. (Tafsir al-Qurtubi hlm 235)
6. JAU (MOOD) SURAH MUHAMMAD
“ Untuk kamu mengetahui jau tentang
surah Muhammad hendaklah kamu bertanya terhadap diri kamu dahulu : Apakah yang
terpendam di dalam hati rakyat Bosnia terhadap rejim Serbia selepas mereka
menyembelih para lelaki dan merogol para wanita Bosnia? Mereka tidak merasakan
apa kecuali dendam dan sangat marah. Begitu juga penduduk Palestin yang dihalau
keluar oleh rejim Zionis dari rumah mereka dan melelong darah dan maruah mereka.
Tidaklah mereka merasakan apa-apa kecuali marah dan dendam.” (Muhammad
al-Ghazali hlm : 395)
7. TUJUAN-TUJUAN ASAS SURAH MUHAMMAD
i.
Mengajak
umat Islam untuk menjaga agama Islam dan kaum muslimin dengan cara berperang
menentang kaum kafir dan menghapuskan tipu daya mereka.
ii.
Penetapan
hukum jihad perang di dalam Islam dan menerangkan kepentingan perang ketika
itu.
iii.
Pensyariatan
beberapa hukum hasil yang diperoleh dari peperangan, seperti tawanan perang,
member pemilihan di antara membebaskan atau mengenakan fidyah kepada tawanan
perang.
iv.
Membuat
perbandingan di antara kedua kumpulan askar didalam sebuah pertempuran ;
kumpulan askar mukmin dan kumpulan askar kafir. Menerangkan kepentingan sifat
kedua dari mereka, perbezaan tujuan perang dan kehidupan mereka di akhirat
kelak.
v.
Merawat
penyakit kelemahan iman di kalangan orang mukmin serta mempertingkatkan iman,
akhlak dan kesungguhan mereka.
vi.
Menceritakan
jenayah orang munafiq dalam menggoyahkan barisan umat Islam dan memberi amaran
agar menghindari mereka dan menghampuskan tipu daya mereka.
vii. Menetapkan beberapa sunah alam (law of
nature) di dalam peperangan seperti syarat kemenangan, sebab kekalahan dan
hikmah berperang.
viii.
Menarik perhatian para pejuang mukmin dengan syurga Allah SWT disamping
menggalakkan mereka dalam peperangan dan menuntut kematian di dalam perang,
menyatakan kedudukan pada syuhada’ di sisi Allah SWT serta beberapa gambaran
nikmat di dalam syurga.
ix.
Memberi amaran dari bersifat pengecut, kedekut dan menyerah kalah serta sifat
berlengah-lengah dalam berjuang.
8. KARAKTER SURAH MUHAMMAD
Setelah kita
berbicara tentang masa dan tempat penurunan surah ini, mood persekitaran surah Muhammad ketika diturunkan, keadaan
umat Islam, objektif surah dan tujuan-tujuan surah, boleh dirumuskan bahawa
karakter surah Muhammad berkait rapat dengan perang.
Surah Muhammad
membincangkan tentang tajuk perang, dan tujuannya untuk tarbiah perang, menyuruh
orang Islam bersiap sedia berhadapan dengan orang kafir, meningkatkan tahap
keimanan mereka terhadap jihad dan mengajak mereka untuk mencontohi peribadi
Muhammad SAW selaku ketua para pejuang di dalam memerangi dan berhadapan dengan
orang kafir.
Di dalam kitab Tafsir
Fi Zilal al-Quran oleh Sayyid Qutb beliau berkata ‘’Surah ini diturunkan di
Madinah. Ia mempunyai satu nama lagi iaitu surah al-Qital (Surah Peperangan).
Inilah nama haqiqi baginya kerana peperanganlah yang menjadi pokok perbicaraan
surah ini dan unsurnya yang paling jelas. Gambaran-gambaran surah ini,
bayangan-bayangannya dan nada-nadanya adalah peperangan belaka. (Sayyid Qutb :
hlm 553 terjemahan Yusoff Zaki Haji Yacob)
9. HUBUNGKAIT
SURAH SEBELUM SURAH MUHAMMAD DAN SELEPASNYA
Sebelum penurunan
surah Muhammad ada sebanyak tujuh surah yang dinamakan dengan al-Hawamim,
kerana surah-surat tersebut dimulakan dengan dua huruf iaitu huruf Ha’ dan
huruf Mim : حم.
Surah al-Hawamim kesemuanya
adalah makkiyyah dan tersusun di dalam mushaf sepertimana tersusunnya
saat diturunkan.
Surah-surah itu adalah : Ghafir, Fussilat, al-Shura, al-Zukruf,
al-Dukhan, al-Jatsiah dan al-Ahqaf.
Terdapat hubungan
diantara objektif yang terkandung dalam surah al-Hawamim dan objektif
surah Muhammad dalam tempoh tertentu diantara kedua-duanya.
Hubungkait yang paling jelas
diantara kedua-duanya adalah : fokus utama surah al-Hawamim pada satu
objektif iaitu penerangan dari sudut teori untuk menegakkan kebenaran, hujah,
menghapuskan kebatilan, menetapkankan tauhid dan dalil-dalilnya serta
menetapkan kenabian nabi Muhammad SAW dan risalah. al-Hawamim menceritakan
tentang penentangan terhadap orang kafir adalah penetangan bersifat nazriyyah
(teori) untuk berhujah kepada mereka.
9.1 HUBUNGAN DI ANTARA SURAH MUHAMMAD DAN SURAH AL-AHQAF
i. Surah al-Ahqaf mengandungi dalil-dalil tauhid ketuhanan,
kerasulan nabi SAW dan wahyu dan menolak sebarang kesyirikan dan yang seumpama
dengannya.
Manakala surah Muhammad pula datang selepas surah al-Ahqaf menyuruh
orang yang menerima apa yang terkandung di dalam surah al-Ahqaf agar memerangi
orang yang menentang apa yang terkandung di dalam surah al-Ahqaf.
Maksudnya : Dan (ingatlah) hari orang-orang yang kafir didedahkan
kepada neraka, (lalu dikatakan kepada mereka): "Bukankah (azab) neraka ini
benar?" mereka menjawab: "Ya, benar, Demi Tuhan kami!" (setelah
itu) dikatakan lagi (kepada mereka): "Maka sekarang rasalah azab seksa
Dengan sebab kamu kufur ingkar di dunia dahulu. (Al-Ahqaf 46:34)
Di dalam surah Muhammad pula menceritakan tentang azab orang kafir
di dunia atas arahan Allah SWT ke atas orang mukmin untuk memerangi mereka.
Maksudnya : (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang
menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya
Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati)
dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah Engkau
meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). (al-Ahqaf 46:35)
Di dalam surah Muhammad pula, menerangkan kesabaran secara
prektikal (camaliyah) iaitu kesabaran atas ujian di medan
perang, berhadapan dengan musuh Islam dan memberitahu bahawa sabar itu kekuatan
para pejuang.
Maksudnya : ..maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang
fasik. (al-Ahqaf 46:35)
Awal surah Muhammad, Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan
orang lain) dari jalan Allah… (Muhammad 46:1)
Dan jika kedua-duanya di himpun bacaannya seperti ini :
فهل يهلك إلا القوم الفاسقون الذين كفروا
وصدوا عن سبيل الله
Maksudnya : Tidak dibinasakan melainkan kaum fasik yang kafir serta yang menghalang dari
jalan Allah.
9.2 HUBUNGAN DI
ANTARA SURAH MUHAMMAD DAN SURAH AL-FATH
i. Di dalam surah Muhammad menjelaskan Rasulullah SAW
memerangi orang kafir manakala di dalam surah al-Fath pula menceritakan tentang
kemenangan baginda SAW dalam peperangan
ii. Surah Muhammad bercakap tentang perang, keperitan
jihad dan kesungguhan dalam memerangi orang kafir manakala surah al-Fath pula
menjelaskan khabar gembira tentang pembukaan kota Mekah,kegembiraan orang
mukmin dan kemenangan mereka keatas orang kafir.
iii. Di akhir surah Muhammad Allah SWT memberi amaran
keras kepada kaum muslimin agar tidak berpaling dari keimanan setelah
mengecapinya, kembali menentang Islam serta tidak melengah-lengahkan jihad
perang dengan menukar dengan kaum lain selain mereka. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : …dan
jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan menderma) ia akan
menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu. (Muhammad 47:38)
Manakala di akhir surah al-Fath Allah SWT memuji kaum
mukmin dan menjelaskan pertolongan Allah kepada mereka, ini bermakna mereka
telah menunaikan perintah tuhan sebaiknya, mendirikan kewajipan dalam berperang
dan mereka sedikit pun tidak berpaling tadah dan oleh itu Allah SWT tidak
mengantikan dengan kaum lain. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Nabi
Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya
bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan
sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri
(umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan
mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari tuhan mereka serta mengharapkan
keredaanNya. tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh)
terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka
di dalam kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok
tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu
menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas
(pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang
menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat nabi Muhammad, s.a.w dan
pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia
hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad
dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan
pahala yang besar. (al-Fath 48:29)
10.
SIRI PELAJARAN DARI SURAH MUHAMMAD
Maksudnya :
Maka apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka
pukullah batang leher mereka… ( Muhammad 47:4)
ii. Memberitahu
kepada kaum muslimin bahawa perang adalah hikmah rabbaniyah dan didikan tuhan keatas kaum
muslimin untuk menguji kesabaran mereka.
Maksudnya :
…dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia membinasakan mereka, tetapi Dia
hendak menguji kamu satu sama lain. (Muhammad 47:4)
iii. Di dalam
surah ini juga menyebut tentang para pejuang yang syahid di medan perang
baginya nikmat dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT:
Maksudnya :
Allah akan member petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka. Dan
memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkannya kepada mereka.
(Muhammad 47:5 dan 6)
iv. Menggambarkan
keadaan orang pengecut dan penakut, dan memaparkan beberapa gambaran buruk
tentangnya agar kaum muslimin menghindari dari bersifat demikian
Maksudnya :
Maka apabila ada suatu surah diturunkan yang jelas maksudnya dan di dalamnya
tersebut (perintah) perang, engkau melihat orang-orang yang di dalam hatinya
ada penyakit akan memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan
kerana takut mati…. (Muhammad 47:20)
v. Melarang
orang mukmin dari bersifat lemah dan mengajak kepada perdamaian.
Maksudnya : Maka janganlah kamu lemah dan
mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan Allah (pun) bersama kamu,
dan Dia tidak akan mengurangi segala amalmu. (Muhammad 47:35)
Ayat ini adalah disiplin yang keras terhadap
orang yang beriman apabila mereka berhadapan dengan musuh mereka. Umat Islam
telah diberi peringatan bahawa perang telah pun mula iaitu perang dingin. Musuh
Islam telah pun mempergunakan manusia
yang tidak teguh pendirian untuk menjadi alat mereka menghalangi usaha umat
Islam. Dalam ayat ini juga menegaskan bahawa umat Islam dilarang keras merasa
bahawa orang-orang seperti ini orang yang patut dihargai malah dihormati untuk
dimuliakan. Umat Islam tidak patut merendah diri di hadapan orang yang seperti
itu kerana sebagai orang muslim yang berpendirian teguh sesekali tidak
takut untuk menghadapi orang yang
sedemikian. Meskipun musuh Islam yang memperoleh senjata canggih tetapi tidak
perlu meminta untuk berdamai kerana umat Islam adalah lebih tinggi kerana
mempunyai aqidah dan pendirian yang teguh. (HAMKA Tafsir al-Azhar 1980)
10.2 PENAWAR BAGI ORANG YANG BERSIFAT BAKHIL
Di dalam surah ini juga disebut penawar bagi mereka
yang bersifat bakhil dalam menyumbang sesuatu dalam jihad dan membantu para
pejuang
Yang bermaksud: (ingatlah), kamu ini adalah
orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan
membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di
antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa Yang berlaku bakhil maka Sesungguhnya
ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha
kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin
(yang sentiasa berhajat kepadanya Dalam Segala hal). dan jika kamu berpaling
(daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum
Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (Muhammad
47:38)
10.3 ORANG MUNAFIQ DAN PENAWAR BAGI PENYAKIT
SIFAT MUNAFIQ
Orang munafiq
antara punca utama yang melemahkan barisan kaum muslimin dari dalam (bukan dari
luar seperti kaum kafir), dengan menjadi batu api yang menyebabkan berlaku
pergaduhan sesama umat Islam, memfitnah, menyebar khabar angin dan memberi
serta meminta pertolongan dari musuh Islam. Kemunculan orang munafiq hanya
terdapat di dalam surah madaniyyah yang menunjukkan munculnya mereka
selepas Islam itu kuat. Mereka cemburu melihat kekuatan Islam dibawah pimpinan
nabi Muhammad SAW.
Beberapa ayat
di dalam surah Muhammad menjelaskan penawar bagi penyakit nifaq dan
menjelaskan siapakah yang bergelar munafiq dan memberi amaran kepada kaum
muslimin tentang tipu daya mereka dan khabar angin yang diada-adakan oleh
mereka :
i. Menimbulkan
keraguan terhadap al-Quran dan menyangka tidak memahami teks al-Quran tersebut
:
Yang bermaksud: Dan di antara mereka (yang
hadir di majlismu Wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar
ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisiMu berkatalah
mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari
kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad
tadi?" (Muhammad 47:16)
ii. Pengenalan kepada umat Islam tentang punca
seseorang itu menjadi munafiq kerana mereka terlalu mengikut hawa nafsu yang
menyebabkan hati mereka telah dikunci. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : ….Mereka (orang munafik) itu
ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah
orang-orang Yang menurut hawa nafsunya. (Muhammad 47:16)
iii. Beberapa ayat membongkar sifat orang
munafiq yang mempunyai qalb (jantung) yang sakit, dan menggambarkan
ketakutan mereka ketika Allah SWT mewajibkan perang menentang orang kafir.
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : …..Maka apabila diturunkan satu
surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum
yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau
akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang
kepadamu Dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati.)
(Muhammad 47:20)
iv. Al-Quran menggesa kepada umat Islam agar
tidak mendengar kata-kata orang munafiq kerana mereka pengikut syaitan dan
mereka kembali kepada kejahilan selepas jelas bagi mereka keimanan. Allah SWT
berfirman :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang
telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka
kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadaNya), syaitanlah yang memperdayakan
mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka. (Muhammad
47:25)
v. Surah Muhammad juga mendedahkan sifat orang
munafiq kepada kaum muslimin supaya mereka dapat mengecam orang munafiq dan
memberi amaran kepada mereka. Allah SWT berfirman :
Maksusdnya : Dan sekiranya Kami kehendaki,
tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau
tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka; dan demi
sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya. dan
(ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang kamu lakukan.
(Muhammad 47:30)
10.4 ORANG KAFIR DAN SIFAT-SIFAT MEREKA
Surah Muhammad
juga menceritakan di antara musuh umat
Islam ialah kaum kafir. Memperkenalkan sifat-sifat orang kafir kepada umat
Islam dan memberi galakan untuk memerangi mereka. Mereka yang menjadi musuh
Islam yang nyata tidak seperti orang munafiq yang menjadi musuh di dalam
selimut. Beberapa sifat orsang kafir di sebut di dalam surah Muhammad,
antaranya :
i. Allah tidak menerima amalan orang kafir
Diantara syarat untuk amalan diterima, seseorang itu wajib beriman
kepada ajaran nabi Muhammad SAW, sesiapa yang menentangan jalan untuk menuju
kebenaran maka Allah SWT tidak menerima amalan mereka. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Orang-orang
yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah
sia-siakan Segala amal mereka. (Muhammad 47:1)
ii. Orang kafir benci apa yang diwahyukan Allah kepada nabi Muhammad SAW
Diantara punca amalan orang kafir tidak diterima Allah SWT kerana mereka
tidak menyukai apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada nabiNya SAW. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Berlakunya yang
demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh
Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam
al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.(Muhammad 47:9)
iii. Perumpamaan orang kafir seperti
binatang ternakan
Allah
SWT menggambarkan orang kafir seperti binatang ternakan kerana mereka hidup
didunia tanpa tujuan yang jelas. Di situ lahirlah perwatakan seperti binatang
iaitu hidup hanyalah untuk rehat, kerja, makan dan seks tidak berubah seperti
binatang yang tiada tujuan hidup. Umat Islam mempunyai tujuan yang jelas di
dalam hidup mereka iaitu menyembah Allah SWT di setiap genap kehidupan. Allah
berfirman tentang orang kafir :
Maksudnya : … orang-orang yang kafir
menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana
binatang-binatang ternakan makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal
mereka. (Muhammad 47:12)
11. KESIMPULAN
Secara umumnya
surah Muhammad menceritakan tentang tiga golongan iaitu golongan kafir,
golongan munafiq dan golongan mukmin. Permulaan bicara tentang golongan kafir
yang menentang umat islam secara zahir. Setelah penghijrahan kaum muslimin ke
Madinah, umat Islam bertambah kuat dengan bantuan oleh dua kaum al-Aus dan
al-Khazraj. Disitu lahirlah golongan
munafiq yang berpura-pura beriman kepada Allah, walhal mereka cemburu akan
kekuatan Islam serta mencari peluang disebalik kelemahan umat Islam. Surah
Muhammad menceritakan sifat orang kafir dan munafiq agar dapat dihindari oleh
orang Islam. Al-Quran suci dari sebarang tafsiran yang tidak benar.
12. RUJUKAN
Tafsir al-Qurtubi, Al-Qurtubi.
terjemahan Akhmad Khatib, 2009, Jakarta: Pustaka Azzam
Tafsir Fi Zilal al-Quran, Sayyid Qutb.
2000, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Nahw Tafsir
Maudhuci li-suar al-Quran al-Karim, Muhammad al-Ghazali. 1995, Kaherah: Dar al-Shuruq
Tafsir al-Azhar, Abdul Malik Abdul Karim
Amrullah. 1980, Surabaya: Yayasan Latimojong.
Al-Tafsir al-Maudhuci Baina
al-Nazhriyyah wa al-Taqbiq, Solah cAbd al-Fattah al-Khalidi. 2008,
Jordan: Dar al-Nafa’is
Nuzhum
al-Durar Fi Tanasub al-Ayat Wa al-Suar, Ibrahim Bin cUmar.
1971, India: Mathbach Da’irah al-Macarif al-cuthmaniyyah.
Lubab
al-Nuqul Fi Asbab al-Nuzul, Jalal al-Din Abi Abd al-Rahman Al-Suyuti.
2002, Beirut: Muassasah al-Kutub al-Tsaqafiyyah
Tafsir al-Qur’an al-cazim,
Ismacil Bin Katsir. 2002, Kaherah: Dar al-Fajr Li al-Turath