Ulasan Buku /
Book Review
Al-Lahjat al-cArabiyyah Fi al-Qira’at al-Qur’aniyyah oleh Dr.Abduh al-Rajhi, Pensyarah Ilmu
Bahasa di Universiti Iskandariah dan Universiti Beirut al-Arabiah : Darul
Maisarah 2008. 237 hlm.
Ulasan oleh:
Mohd Rosdi bin Husain
Amar bin Abd.Rahman
Muhammad Umar Mukhtar bin Shafie
Penulisan kitab berkaitan lahjah Arab dan
kaitannya dengan ilmu qira’at di dalam al-Qur’an ini sudah banyak diusahakan oleh golongan ulama’
dari dulu hingga sekarang. Golongan ulama’ sama ada dari zaman Tabicin
hinggalah zaman sekarang telah menulis kitab berkaitan ilmu ini dalam pelbagai
tajuk dan tujuan. Dan seharusnya bagi setiap pelajar yang pengkhususan mereka
dalam bidang keagamaan mempelajari dan memahami ilmu yang berkaitan dengan
Bahasa Arab dan kaitannya dengan al-Qur’an. Kitab al-Lahjat al-cArabiyyah Fi al-Qira’at al-Qur’aniyyah ini yang ditulis oleh Dr. cAbduh al-Rajhi
boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk memahami apakah perkaitan antara
Bahasa Arab dengan qira’at di dalam al-Qur’an serta dapat mengetahui susur jalur sejarah
kemunculan dan perkembangan ilmu ini.
Perbincangan di dalam kitab ini di
bahagikan kepada 4 bab yang utama :
Bab Pertama
: Semenanjung Tanah
Arab
Bab Kedua
: Bahasa
Arab dan Lahjahnya.
Bab Ketiga : Ilmu
Qira’at dan Lahjah Arab
Bab keempat : Kajian Bahasa Arab Dari Sudut Dialek.
Pengarang kitab ini dengan tegas menyatakan
di dalam muqaddimahnya bahawa kitab al-Qur’an ini merupakan kehidupan bagi umat Islam. Beliau juga
mengatakan tiada cara atau jalan untuk memahami kehidupan umat ini kecuali
dengan cara mempelajari kitab tersebut berserta mempelajari juga bahasa yang
terkandung di dalamnya. Oleh yang demikian, Apakah sebenarnya yang kita
maksudkan dengan lahjah carabiah atau dialek arab ini?
Pengarang juga menimbulkan persoalan “Apakah
kita maksudkan sesuatu yang diajar oleh golongan pengkaji yang baru
ketika mana mereka berurusan dalam pengkajian berkaitan lahjah cammiyyiah?”
Pengarang telah menjawab persoalan ini dengan menjelaskan bahawa kajian yang
dilakukannya bukan kajian yang berkaitan dialek bangsa Arab sebelum kedatangan
islam. Pengarang telah memberikan dua alasan :
Pertama : Kami tidak mengetahui
sesuatu pun berkaitan dengan lahjah cammiyyiah ini.
Kedua
: Kerana tajuk kajian ini sendiri telah menafikannya.
Sesungguhnya bacaan atau qira’at di dalam al-Qur’an itu tidak menyamai langsung dengan lahjah cammiyyiah.
Pengarang mengatakan apa yang kami mahu di dalam kitab ini ialah unsur-unsur
yang menjadi penyebab kepada terjadinya lahjah Arab fushah yang dinisbahkan
kepada kabilah-kabilah itu sendiri.
Di dalam bab pertama yang membahaskan berkaitan
semenanjung Arab, penulis telah membahagikan bab pertama ini kepada dua fasal:
Fasal Pertama : Semenanjung Arab - iaitu membincangkan
tentang kawasan sempadannya dan bahagian-bahagian tertentu. Dalam fasal pertama
ini juga pengarang telah membahagikannya kepada dua tajuk kajian, iaitu :
1) Kajian dari sudut persekitaran geografi
2) Kajian dari sudut kabilah – kabilah Arab dan penempatan mereka di
Semenajung Arab.
Fasal kedua : Kajian
berkaitan kabilah-kabilah Arab yang terdapat di negara Arab. Penulis
menerangkan tentang betapa banyaknya kabilah-kabilah yang wujud di negara Arab
tersebut. Penulis juga ada menjelaskan tentang Nasab atau keturunan bangsa
Arab. Sebagai contoh :
Al- Syacbu
|
Nasab yang jauh seperti Bani Adnan
|
Al-Qabilah
|
Pecahan daripada Al- Syacbu seperti
Bani Rabicah dan Madar.
|
Al-cImarah
|
Pecahan daripada Al-Qabilah seperti kaum Quraish dan Bani Kinanah
|
Al-Batnu
|
Pecahan daripada nasab Al-cImarah seperti Bani cAbd ul-Manaf dan Bani
Makhzum.
|
Al-Fasilah
|
Dinasabkan kepada Bani cAbbas.
|
Bab kedua pula penulis membincangkan tajuk
berkaitan Bahasa Arab dan dialeknya. Bab ke dua ini pula dibahagikan kepada dua
fasal :
Fasal Pertama : Realiti Bahasa Arab Sebelum Islam.
Fasal Kedua :
Dialek Qabilah Arab Di dalam Kitab-kitab Arab.
Di dalam fasal pertama yang berkaitan dengan Realiti Bahasa
Arab Sebelum Islam, penulis telah
menyatakan bahawa kemunculan dialek itu pada kebiasaannya berdasarkan atas beberapa
faktor, antaranya:
1) Faktor Geografi
2) Faktor Masyarakat.
3) Percanggahan bahasa dan terjadinya percampuran hasil daripada
penghijrahan atau peperangan.
4) Faktor Individu.
Dalam bab ke tiga pula penulis telah mengemukakan
hasil kajian berkaitan qira’at dan lahjah yang dibahagikan kepada dua
bahagian :
1) Kemunculan qira’at dan Perkembangannya.
2) Qira’at Adalah Sumber Utama Bagi Mengkaji Lahjah.
Bahagian pertama membincangkan berkaitan
sejarah kemunculan qira’at pada zaman Rasulullah SAW seterusnya
zaman sahabat dan diikuti zaman Tabicin sehinggalah zaman kita
sekarang.
Manakalak di dalam bahagian kedua yang
membicarakan tajuk “Qira’at adalah sumber asal bagi mengkaji dialek
Arab”. Penulis menegaskan perlunya mempelajari qira’at kerana ias merupakan sumber asal bagi mempelajari
atau mengkaji Lahjah Arabiah.Sesungguhnya untuk mahir dalam ilmu Qira’at itu tidak memadai mendapatkannya hanya dengan
mendengar semata-mata, bahkan ianya perlu melalui kaedah talaqqi dan Musyafahah (secara lisan). Dua kaedah ini adalah yang terbaik
untuk memahami bahasa Arab.
Bab keempat yang bertajuk “ Kajian Bahasa
di Dalam Dialek”. Penulis telah membahagikan bab empat ini kepada 4 fasal
sebagaimana berikut :
1- Peringkat Souti
2- Peringkat Sorfi
3- Peringkat Nahwi
4- Peringkat Dalali
Pada peringkat pertama iaitu peringkat
Souti telah dibincangkan secara mendalam berkaitan qira’at dan rujukan huruf-huruf yang tertentu. Sebagai
contoh dibincangkan berkaitan huruf (ء) dalam al-Qur’an dan kaedah menyebutnya dengan sebutan yang betul. Di
dalam tajuk ini juga disebutkan
percanggahan di antara imam-imam qira’at tentang bagaimana melafazkan huruf hamzah mengikut jenis-jenisnya dan perbincangan yang
sama kepada huruf-huruf yang lain dengan ringkas.
Pada peringkat yang kedua pula perbincangan
menjurus kepada kajian berkenaan huruf-huruf di dalam bahasa Arab itu sendiri,
sebagai contoh kajian berkaitan keadaan huruf-huruf di dalam al-Asma’ (nama-nama)
dan pecahan huruf-huruf tersebut.
Pada peringkat yang ketiga iaitu peringkat Nahwi,
perbincangan menjurus kepada hubungkait di antara Nahwi dengan qira’at Qur’aniyyah.Perbincangan di dalam tajuk ini
telah dibahagikan kepada enam bahagian, iaitu :
1- Fasal-fasal Nahu
2- (ما) di sisi Hijaz dan Tamimiyyin
3- Damir
al-Fasl
4- Al-Muthanna
5- Al-Ficl wa al-Facil wa Naib al-Facil
6- Al-Mamnuc min al-Sarf
Pada bahagian yang terakhir di bawah tajuk
peringkat Dalali (semantik), Penulis ada mengatakan
kajian ilmu bahasa pada peringkat ini adalah tujuan kajian yang lepas iaitu dalam
peringkat Soutiah, Sorfiah dan Nahwiah. Penulis juga menegaskan
kajian ini agak sukar kerana untuk menentukan sesuatu makna itu bukanlah suatu
perkara yang mudah.
Penulis telah membangkitkan persoalan ..”Adakah
kita dapati di dalam qira’at Qur’aniyyah sesuatu yang menunjukkan kepada perbezaan pada
peringkat Dalali ini?” Beliau menjawab
persoalan ini dengan menyatakan “Kita tidak mendapati jenis yang sebegini
kecuali dalam beberapa patah perkataan sahaja, itu pun semuanya tergolong dalam
kategori qira’at Shazah. Oleh itu, qira’at ini sebenarnya tidak bercanggah dari segi lafaz
tetapi bercanggah dari segi cara menyebutnya. Disebabkan itu juga kita tidak
mampu untuk mengetahui kenapa sesetengah kabilah melafazkan dengan lafaz
tertentu sedangkan kabilah yang lain pula melafazkan dengan cara yang lain untuk
menunjukkan makna yang sama atau kenapa terdapat dua kabilah yang menggunakan
lafaz yang sama tetapi berlawanan pula dari segi maksudnya? Penulis mendatangkan
contoh sebagaimana berikut :
(فول وجهك شطر المسجد الحرام)
Bacaan ini dibaca oleh jumhur culama’.
Manakala Ibn Abi cIblah pula membaca dengan :
(فول وجهك تلقاء
المسجد الحرام)
Bacaan qira’at yang didatangkan ini adalah salah satu contoh dua
lafaz yang berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Kedua-dua perkataan ini (syatr) dan (tilqa’) menurut Abu Ubaid (tilqa’) maknanya (al-Nahwu)
bagi Bani Kinanah. Jadi dua lafaz yang didatangkan ini sama dari segi maknanya
iaitu al-Nahwu dan al-Qasdu .
Manakala lafaz yang pertama iaitu (الشطر) sebagaimana dalam kamus Mucjam
bermaksud separuh daripada sesuatu. Inilah yang dirasakan oleh pengkaji maksud
asal kalimah ini yang boleh dimaksudkan juga dengan al-Nahwu dan al-Qasdu.
Selepas pengarang menulis penutup untuk
buku ini, beliau kemudiannya memaparkan sebanyak 33 al-Atlas al-Lughawiy (gambar rajah merujuk kepada bahasa) bagi
memudahkan para pembaca memahami isi teks yang terkandung di dalam buku ini.
Penulis memulakan dengan melukis gambar rajah kedudukan para kabilah yang
menghuni di semenanjung Arab sebelum Islam dan seterusnya menerangkan perbezaan
penggunaan dialek di antara kabilah melalui gambar rajah-gambar rajah tersebut.
Kesimpulan
Pengarang kitab ini telah menghuraikan
dengan begitu jelas isu-isu yang dijadikan kajian berkaitan dengan lahjah Arab
ini di dalam bacaan qira’at al-Qur’an. Tajuk-tajuk yang disusun dengan teratur memudahkan
para pembaca untuk memahami isi kandungan kitab ini.Kitab ini juga amat sesuai
untuk dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar dan pengkaji untuk mengumpul
apa sahaja maklumat berkaitan.
Wallahuaclam.
(Nota: Ini adalah latihan ilmiah untuk subjek al-Lahjat al-'Arabiah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)
Powerpoint: http://prezi.com/htjsk15axab_/untitled-prezi/
No comments:
Post a Comment